Ahad, 13 Januari 2019

update (53)

assalammualaikum dan selamat tengah hari...

minggu kedua dalam tahun 2019. selamat berhujung minggu semua. 

sekitar minggu ni aku tak mengadap komputer sangat. aku guna duit yang aku ada sikit ni untuk mengecat ruang pejabat. aku pilih kaler oren. kalau ikot kod kaler nama Cheetah Spot. 

mula - mula aku nak beli cat jenis asas air yang biasa. tapi kebiasaannya kalau aku beli jenis itu, aku mula lah setiap enam bulan sekali nak tukar warna cat. dan warna - warna special selalunya memang beli cat harga seratus ke atas la untuk satu tong. 

kali ni Lokman cakap, beli lah cat yang mahal terus tak payah nak tukar dua tiga kali dah. 

sampai je kedai, ada promosi cat emulsi jenis kalis cuaca sebanyak 40 peratus. lebih kurang dengan harga cat emulsi jenis dinding dalam. jadi aku fikir dengan apa yang aku patut beli, aku pilih cat emulsi yang kalis cuaca tu. 

selesai satu proses membeli cat. 

jadi aku mengecat lah secara santai bermula hari Ahad kemudian hari Khamis baru siap. punyalah lama untuk bilik 144 kaki persegi. 

Lokman ada tolong sikit masa malam tapi dia biar kan aku. aku cakap otak aku tengah stress jadi aku terasa nak mengecat. 

memang aku mula sediakan permukaan dinding, cat pemula dan cat akhir.

tak cantik sangat lah aku mengecat. teknik mengecat aku pun masih carca marba. tapi aku setakat ini berpuas hati sebab aku cat sendiri. 

jadi, menunggu nanti ada peruntukan lain aku akan upgrade rumah dari semasa ke semasa. 

sebenarnya sekarang aku kena fokus buat lukisan dah. dah puas aku berjimba cat rumah bagai. 

sekarang masa untuk fokus kerja. 

sekian. wasalam. 

4 ulasan:

  1. Da siap cat tu kene share hehe yg part upgrade rumah pun sama. Kami tlg nilai hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.

      gambar ada dalam ig.

      tapi tengokla kalo rajin nnti dah siap full set satu bilik baru tangkap gambar.

      kalau rajen lah.

      uhuhuhu.

      Padam
  2. Boleh berjimat dengan mengecat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la jimat sikit.

      tapi WP, mengecat hari tu cuma nak mendapatkan inspirasi saja.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +