Isnin, 15 April 2019

update (58)

assalammualaikum dan selamat tengah hari...

minggu lepas, aku dan Lokman ke bank. nak semak semula akaun bank tahun 2012 macam tu. lama kan. 

aku pula masih analisis lukisan dan sebagainya, aku ada juga resit lama - lama. sepatutnya aku suka buat kerja - kerja ni. macam aku pernah wrap up untuk design rumah mesra rakyat dalam dua tahun lepas. 

minggu lepas juga, aku interview kerja part time. jawapannya dalam dua minggu lagi. aku pilih nak jadi drafter. aku cuma nak kurangkan liabiliti dalam merekabentuk. 

minggu lepas juga, aku letak laporan pengalaman dan latihan kerja di ofis Selayang untuk pengesahan. aku punya modus operandi nak pakai apa yang ada dan nak sambung yang lama punya ja. nak reply surat pada tahun 2015 dan proceed

semoga aku dipermudahkan. 

harini hari isnin. 

itu ja update untuk minggu lepas. 

wasalam. 

Jumaat, 5 April 2019

update (57)

assalammualaikum dan selamat pagi...

dah lama tak menulis di waktu pagi. entah apa mimpi harini bangun awal. huhuhu.

disebabkan aku sedang menanti payment dan menanti kerja, aku buka semula lukisan projek pertama aku bersama Lokman.

rasanya, apa yang aku mintakan pada orang yang sepatutnya tidak terjadi. 

sehubungan itu, aku lah yang mengira ia semula.

duit adalah segalanya bagi sesebuah projek. itu betul lah. pengurusannya pula menjadi tunggak utama dalam kenyataan tadi. 

kadang, dengan dokumen yang lengkap kita boleh muhasabah diri sendiri. kita boleh menilai mana yang baik mana yang tak. kita boleh membersihkan persepsi. 

yang paling penting, membersihkan nama sendiri.

semoga harini ada rezeki yang baik dari Allah SWT.

salam jumaat semua.

wasalam. 


Blogger